Suami akan mengalami jangkitan Candida selepas mengadakan hubungan intim.
Masalah awal yang biasa diadukan oleh suami biasanya kegatalan atau rasa pedih pada batang zakar, atau pada kepala zakar. Selalunya ia bermula selepas hubungan intim antara suami dan isteri.
Tanda-tanda lain ialah:
1.Ruam merah pada kepala zakar.
2.Bengkakan pada kepala zakar.
3.Keluaran lendiran yang berbau dari lubang air kencing.
4.Rasa pedih dan sakit ketika membuang air kecil.
5.Mengalami rasa sakit ketika hubungan intim dengan isteri.
6.Kulit zakar menjadi berkerak.
7.Atau kulit zakar boleh diselaputi oleh lendiran seperti susu basi.
Lelaki yang mengalami daya tahan yang rendah selalunya lebih mudah mengalami jangkitanfungal ini, antaranya pesakit diabetes, pesakit ginjal yang menjalani haemodialysis, pesakit HIV, pesakit kanser sama ada sedang menerima rawatan atau tidak menerima rawatan kemoterapi atau radioterapi, dan pesakit yang mengalami penyakit yang menyebabkan daya tahan mereka rendah sepertipesakit leukemia, rheumatoid.
Mereka juga lebih mudah mengalami komplikasi akibat jangkitan fungal memasuki aliran darah danmerebak ke organ yang lain, seperti otak dan selaput otak.
Nasihat sy amalkan kebersihan diri dan jika jangkitan ini mengganggu para isteri (menyebabkan kegatalan dan berbau busuk), boleh mengambil ubat anti-fungal yang diberikan oleh doctor.
atau merawat secara tradisional yang telah di modenkan dgn produk-produk SERI DEWI

No comments:
Post a Comment