Wednesday, 29 January 2014

RAHIM JATUH/TOMBONG

Rahim jatuh atau nama scientific nya Prolapse adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj.

Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.




Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat :

1) Peringkat awaL - Ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa. Serviks turun dari kedudukan normalnya sehingga bukaan faraj tetapi rahim masih di dalam faraj.

2)Peringkat kedua,Pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj. Ia turun dari kedudukan normalnya sehingga melepasi bukaan faraj tetapi fundus rahim masih di dalam faraj.

3) Peringkat ketigaYang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj ( biasa digelar ‘tombong’').

Tanda-tanda rahim jatuh /Peranakan jatuh:


- Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj
- Ketulan pada faraj
- Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)
- Sakit belakang
- Sakit semasa hubungan seks
- Pendarahan faraj selepas menopaus
- Inkontinens kencing atau kencing tidak terkawal
- Sukar buang air kecil / besar

Antara kesan masalah peranakan jatuh ialah:

1. Gangguan kencing
Ramai wanita yang mengalami masalah prolapse akan berhadapan dengan masalah kencing sama ada sukar untuk kencing atau terlalu kerap kencing. Paling ketara ialah mereka sukar mengawal kencing terutama ketika batuk, bersin atau melakukan aktiviti yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa.

2. Gangguan hubungan kelamin
Disebabkan berlakunya kelonggaran pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj maka kekuatan mengemut ketika mengadakan hubungan kelamin akan berkurangan.

3. Sakit pinggang dan tidak selesa
Peranakan jatuh akan menyebabkan seseorang wanita itu rasa tidak selesa kerana ada sesuatu iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Keadaan ini lebih dirasai jika dia banyak berjalan atau berdiri. Oleh kerana peranakan yang jatuh itu menarik otot-otot sekitarnya, sering kali urat-urat pada bahagian pinggang juga akan tertarik lalu menyebabkan penghidapnya sakit pinggang.

4. Gangguan kesihatan
Jika prolapse yang dialami itu teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar, selalunya pintu rahim akan tergesel pada seluar dalam lalu menyebabkan luka. Luka ini biasanya akan dijangkiti kuman yang menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.

RAWATAN :- sila la jumpa doktor dgn segera- jumpa bidan kampung untuk mengurut/menaikkan bahagian rahim.- selepas urutan menaikkan rahim , Boleh cuba amalkan bbrp jenis produk MT SDM-

No comments:

Post a Comment